Kami benar-benar ingin anda dimanfaatkan dengan maklumat perjudian dalam talian yang kami tawarkan. Hanya ada beberapa terma dan syarat yang kami ingin anda ketahui apabila menggunakan laman kami.
Selamat datang ke OnlineCasinoReports
OnlineCasinoReports dengan bangganya mempersembahkan kepada anda, pembaca kami, cadangan yang relevan, telus, terkini dan termaklum tentang laman perjudian dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Kami adalah pusat maklumat dan tidak menawarkan perkhidmatan perjudian atau memudahkan transaksi kewangan.
HouseTechAds LTD bekerjasama dengan rakan kongsi ahli pemasar, mengurus, mengendalikan dan kerap mencipta kandungan berbilang bahasa berkualiti tinggi yang strategik. Selain itu, kami menyediakan pelbagai ulasan maklumat untuk tujuan hiburan sahaja dan tidak mewakili mana-mana laman atau perkhidmatan perjudian secara langsung atau tidak langsung.
Terma Penggunaan berikut harus mampu membimbing pembaca kami dari segi Terma dan Syarat yang berkaitan dengan menggunakan perkhidmatan OnlineCasinoReports dan berfungsi sebagai perjanjian antara kami dan anda, pembaca kami.
OnlineCasinoReports berdedikasi terhadap privasi anda dan mengurus serta melindungi maklumat peribadi anda secara bertanggungjawab. Dengan melanggan OnlineCasinoReports, anda mengesahkan anda berumur 18+ dan bersetuju menerima Terma Penggunaan dan Dasar Privasi kami.
Anda boleh memilih untuk menarik diri sebagai pelanggan jika anda tidak lagi mahu menerima e-mel kami yang mempunyai berita, kemas kini dan kadangkala tawaran. Semua e-mel kami mempunyai pautan nyahlanggan yang ada pada bahagian bawah e-mel kami.
Mendaftar dengan kami atau melayari laman web kami bererti anda menerima ketetapan Terma Penggunaan kami (dirujuk sebagai "perjanjian") serta had dan batasan T&S kami. Ini adalah satu-satunya syarat yang mana anda boleh mengakses dan menggunakan kandungan yang disediakan untuk anda di laman web kami.
Sila baca perjanjian dengan teliti kerana penggunaan laman web ini mengesahkan bahawa anda menerima dan mematuhi Terma Penggunaan kami. Jika terdapat mana-mana bahagian perjanjian kami yang anda tidak bersetuju sepenuhnya, kami mencadangkan anda meninggalkan laman web ini dan tidak lagi menggunakan laman web atau perkhidmatan kami.
OnlineCasinoReports memiliki hak sepenuhnya untuk membuat sebarang pengubahsuaian, pindaan, atau perubahan pada perjanjian apabila kami melihat keperluannya. Kami akan membuat perubahan ini mengikut budi bicara kami sendiri, tanpa perlu memberitahu pembaca kami tentang perubahan yang dibuat.
Sekiranya anda terus menggunakan laman web, kami menganggap anda telah menerima dan telah membiasakan diri dengan perubahan yang dibuat pada perjanjian.
Menggunakan perkhidmatan atau maklumat yang ditawarkan oleh OnlineCasinoReports, anda bersetuju untuk tidak menggunakan laman web, kandungan, atau mana-mana bahagian perkhidmatan kami untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan bersetuju untuk menggunakannya di bawah undang-undang pihak berkuasa yang berkaitan.
OnlineCasinoReports tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana/semua tuntutan, kerugian, kerosakan, kos dan liabiliti pihak ketiga (termasuk yuran dan perbelanjaan) yang berkaitan atau timbul daripada pelanggaran yang anda lakukan terhadap syarat-syarat ini.
Semasa menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk tidak memuat naik atau menghantar sebarang virus komputer, virus makro, kuda trojan, worm atau apa-apa lagi yang boleh mengganggu, menyekat atau menghalang segala prosedur pengendalian standard komputer, rangkaian komputer, atau mana-mana peranti mudah alih yang lain.
OnlineCasinoReports membuka laman webnya kepada ahli-ahli untuk berdebat dan berbicara, dan kami percaya mereka akan melakukannya secara sah dan sivil, di bawah Garis Panduan Komuniti kami.
Semua kandungan yang diterbitkan di laman web kami adalah hak cipta dan hak milik OnlineCasinoReports. Oleh itu, sebarang penggunaan yang menyalahi undang-undang, penduaan dan pengedaran kandungan atau bahan kami secara langsung akan dianggap sebagai melanggar hak cipta kami dan melanggar undang-undang tanda dagangan.
Anda tidak boleh menyalin, mengedar, menyimpan atau menghantar sebarang kandungan kami untuk apa saya kegunaan komersial tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Langganan anda (atau sebarang penerbitan individu) tidak boleh dipindahkan, dilelong atau dijual.
Tanpa persetujuan bertulis kami yang terdahulu, anda tidak boleh menyalin, menerbitkan, menerbitkan semula, menghantar atau mengedarkan kandungan kami ke buletin dalam talian, papan mesej, blog, intranet, bilik sembang atau di mana-mana sahaja.
Untuk ditegaskan, dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju untuk tidak menyalin kandungan kami, atau abstrak/mengikis daripada kandungan kami untuk menggunakannya di mana-mana laman web atau perkhidmatan lain.
Seperti yang dinyatakan di atas, semua kandungan di laman web kami adalah hak milik OnlineCasinoReports; Ini termasuk semua maklumat yang kami sediakan, bahan kami, grafik, blog, forum perbincangan dan semua ciri-ciri lain yang terdapat di laman web ini.
Anda tidak boleh mencuba sebarang akses tanpa kebenaran ke mana-mana bahagian atau komponen laman web kami atau mencipta dan menerbitkan hiperpautan ke mana-mana bahagian laman web kami. Selain itu, kandungan tidak boleh dimuat naik atau dihantar melalui laman web kami, yang dianggap boleh menyinggung perasaan, tidak senonoh, lucah atau tidak menyenangkan, atau yang boleh menyebabkan sebarang kesulitan, kegusaran atau kebimbangan yang kami atau pengguna kami tidak perlukan.
Kami berhak sepenuhnya untuk memadam kandungan tersebut dengan segera tanpa pemberitahuan atau penjelasan.
Semua kandungan yang anda boleh serahkan ke laman web ini (melalui e-mel, penerbitan, ulasan kasino, komen, idea, soalan, gambar, video atau apa-apa yang lain) dianggap sebagai kandungan yang anda berikan kepada OnlineCasinoReports yang tidak eksklusif, bebas royalti, kekal, boleh dipindah milik, tidak boleh ditarik balik dan hak sub-lesen sepenuhnya untuk digunakan, dihasilkan semula, ditukar, disesuaikan, diterjemahkan, diedar, diterbitkan, digunakan untuk menciptakan karya terbitan.
Kami akan memiliki hak untuk memaparkan secara terbuka dan melaksanakan penyerahan semula sedemikian di seluruh dunia dalam sebarang media (yang kini telah diketahui atau direkabentuk) dan menggunakan nama yang anda serahkan berkaitan dengan penyerahan tersebut. OnlineCasinoReports juga boleh, mengikut budi bicara kami, memberikan atribusi komen daripada anda jika perlu.
Pada OnlineCasinoReports, kami mungkin menyertakan pautan ke laman web atau sumber lain dengan tujuan untuk meningkatkan nilai kepada pengguna kami. Sekiranya mana-mana laman web atau sumbernya tidak tersedia, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas ketidaksediaan tersebut. Kami sama sekali tidak menyokong laman-laman web dan sumber-sumber ini dan tidak akan bertanggungjawab/berkewajipan (secara langsung atau tidak langsung) untuk kandungan atau amalan privasi laman web tersebut, termasuk salah nyata atau kandungan fitnah yang mungkin mereka bayangkan.
Ini termasuk sebarang produk, pengiklanan atau bahan atau perkhidmatan lain yang tersedia daripada laman web atau sumber tersebut tanpa had. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kerosakan atau kesalahan yang disebabkan (atau didakwa disebabkan) melalui penggunaan atau pergantungan pada mana-mana kandungan, barangan atau perkhidmatan sedemikian yang ditawarkan pada laman dan sumber luaran.
Menggunakan sebarang bahan, pautan atau cadangan yang dibuat oleh OnlineCasinoReports, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri, dan kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan, yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada maklumat atau bahan laman web ini.
OnlineCasinoReports dan pengiklan kami di laman web kami terikat dengan kod amalan yang dilaksanakan dalam Akta Pelesenan dan Pengiklanan Perjudian 2014. Objektif kami adalah untuk menghalang perjudian daripada menjadi punca jenayah atau gangguan atau digunakan untuk menyokong jenayah atau gangguan.
Objektif-objektif kami termasuk perlindungan kanak-kanak dan orang-orang lain yang mudah diserang daripada dicederakan atau dieksploitasi oleh perjudian dan memastikan perjudian dijalankan secara adil dan terbuka. Dalam semua kandungan yang kami terbitkan, kami akan sentiasa mempertimbangkan objektif pelesenan di atas dan bertindak secara konsisten dengan objektif pelesenan di atas.
Sebelum membaca atau menggunakan kandungan atau cadangan kami (atau sebelum anda mendaftar dengan OnlineCasinoReports), anda perlu memastikan bahawa aktiviti perjudian dalam talian dibenarkan secara sah di negara, daerah atau negeri di mana anda tinggal.
Anda bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang perjudian yang dikenakan oleh negara, daerah atau negeri anda dan bahawa anda memenuhi umur minimum untuk berjudi dan telah membaca/menggunakan kandungan laman web kami.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami menyediakan pelbagai kandungan, maklumat, ulasan dan hiburan. Kami tidak boleh menjamin ketepatan atau kesempurnaan kandungan untuk sebarang tujuan atau kegunaan tertentu/khusus. OnlineCasinoReports akan sentiasa menyediakan kandungan yang tepat dan boleh dipercayai, tetapi kami tidak dapat memastikan atau menjamin bahawa perkara lain mungkin tidak berlaku atau tidak dikemas kini tepat pada masanya.
Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberikan maklumat yang berguna dan menarik. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh berjanji bahawa kandungan (atau mana-mana perkhidmatan) akan dihantar kepada anda tanpa gangguan, selamat atau bebas ralat. Dengan kata lain, OnlineCasinoReports berhak untuk didapati salah, walaupun kami sentiasa berusaha keras untuk selalu betul.
Baik OnlineCasinoReports mahupun mana-mana rakan kongsi kami tidak menjamin kualiti mana-mana produk, maklumat, perkhidmatan, atau bahan-bahan lain yang anda boleh beli atau peroleh/dapati melalui pengesyoran, maklumat atau iklan kami. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin bahawa kandungan, tawaran atau maklumat kami akan memenuhi jangkaan anda, tetapi kami akan berusaha untuk membetulkan sebarang ralat secepat mungkin.
Dengan menggunakan kandungan di laman web anda, anda mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang waranti yang ditawarkan dalam apa-apa jenis, termasuk sama ada tersurat atau tersirat: waranti termasuk tanpa had, waranti hak milik atau waranti tersirat kebolehdagangan atau waranti kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Dengan perjanjian ini, anda menanggung keseluruhan risiko dari segi kualiti dan prestasi perkhidmatan kami dan ketepatan atau kesempurnaan kandungannya: berkenaan laman web kami, sebarang kandungan, atau mana-mana perkhidmatan, alatan, hartanah atau produk kami yang mungkin kami tawarkan atau mengesyorkan.
Kami tahu bahawa negeri atau negara tertentu tidak membenarkan pengecualian waranti tersirat atau batasan liabiliti untuk kerosakan sampingan atau berbangkit, jadi had atau pengecualian di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Dalam kes sedemikian, liabiliti kami dan penyedia kandungan pihak ketiga kami akan dihadkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Sekiranya anda pada bila-bila masa mengalami kerugian, rasa tidak puas hati, atau kekecewaan berdasarkan kandungan yang disediakan di laman web ini, penyelesaian terbaik adalah berhenti menggunakan laman web ini sekaligus. OnlineCasinoReports tidak akan bertanggungjawab atau berkewajipan untuk memberikan pampasan: termasuk ganti rugi tidak langsung, berbangkit, teladan, sampingan atau punitif dan kehilangan keuntungan.
Kandungan yang diterbitkan pada laman web kami adalah untuk tujuan maklumat dan rekreasi sahaja. Ia tidak bermaksud kami bertanggungjawab ke atas hasil daripada sebarang tindakan berdasarkan apa yang anda baca pada laman web kami atau kandungan yang dihantar kepada anda melalui e-mel atau bahan pemasaran yang disediakan oleh OnlineCasinoReports.
Kami bukan operasi perjudian dalam talian atau mudah alih, dan oleh itu, kami tidak mengambil atau menguruskan transaksi kewangan yang berkaitan dengan pertaruhan atau pertaruhan.
Kemas kini terakhir Terma Penggunaan: 6 Mac 2022.
OnlineCasinoReports adalah penyedia ulasan laman perjudian dalam talian bebas yang terkemuka, ia telah menyampaikan ulasan, berita, panduan dan maklumat perjudian dalam talian yang dipercayai sejak 1997.
Langgan Surat Berita kami
Dapatkan berita tentang bonus dan promosi eksklusif.
Notis penting
Dengan melawati laman ini, anda mengakui bahawa anda berumur lebih 20 tahun, dan anda memberikan persetujuan anda untuk kami menetapkan kuki. Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman menyemak imbas anda, menyiarkan iklan atau kandungan yang diperibadikan dan menganalisis trafik kami. Baca Lebih Lagi