Blackjack Switch adalah satu permainan popular yang ada pada banyak kasino dalam talian. Permainan ini merupakan satu variasi daripada Blackjack dan ia telah direka oleh Geoff Hall. Permainan ini boleh dimainkan pada banyak kasino tradisional serta kasino dalam talian yang digerakkan oleh Playtech.
Cara Bermain
Blackjack Switch dimainkan dengan 4, 6 atau 8 dek kad. Pada kocokan pertama, pengocok memberi dua kad menghadap ke atas kepada dirinya sendiri. Kemudian, pengocok memberi dua kad tambahan kepada para petaruh dan dirinya sendiri. Pada saat ini para petaruh boleh memilih untuk menukar dua kad teratas mereka yang ada di genggaman. Kemudian, para petaruh boleh melakukan hit, stand, split dan double.
Strategi dan Pertimbangan Lain
Strategi asas blackjack harus melibatkan keputusan yang tepat semasa membuat stand, hit, split dan double. Keputusan untuk menukar dua kad yang disebutkan tadi boleh dikatakan akan berlaku terutama sekali apabila ianya melibatkan keberuntungan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kes di mana faedah yang ada tidak jelas atau tidak masuk akal.
Satu daripada peraturan dalam strategi Blackjack Switch ialah genggaman kad terbaik harus ditingkatkan atau disimpan dan kadang-kala blackjack yang biasa perlu dipecahkan bergantung kepada kad atas milik pengocok. Walaubagaimanapun, keputusan untuk menukar kad selalunya jarang bergantung kepada kad atas milik pengocok.
Terdapat sebilangan strategi yang telah direka khas untuk Blackjack Switch. Satu daripadanya adalah berasaskan perletakan nilai mata kepada genggaman kad dan genggaman kad yang dihasilkan dengan menukar kad, manakala lain-lain strategi adalah berdasarkan kepada keputusan berkategori seperti ‘pemenang’, ‘push’, ‘tuah’ dan ‘kecundang’.