Microgaming telah mengumumkan perjanjian perlesenan untuk membina dua jenama permainan slot dalam talian yang baru:
Permainan Takhta dan Penamat 2: Hari Pengadilan.
Permainan Takhta (Game of Thrones)
Berdasarkan siri televisyen HBO yang digilai ramai, Permainan Takhta Microgaming akan berkisar di sekitar plot rancangan TV ini yang rumit serta temanya yang menarik, dan akan dilancarkan pada suatu masa dalam 2014.
Roger Raatgever, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Microgaming, memberi komen, “Kami sangat teruja memeterai perjanjian perlesenan untuk Permainan Takhta, sebuah rancangan yang begitu relevan dan amat popular. Kami merancang untuk mengambil semua ciri daripada epik fantasi berskrin kecil ini untuk mencipta sebuah karya agung bagi permainan slot.”
Josh Goodstadt, Pengarah HBO Global Licensing, menambah, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Microgaming, sebuah gergasi dalam bidangnya, dan kami yakin peminat aktif rancangan ini akan berasa sangat teruja apabila menemui suatu cara baru untuk berhibur dengan rancangan ini.”
Penamat 2: Hari Pengadilan
Microgaming telah mencipta ‘243 cara untuk menang permainan slot’ berdasarkan filem klasik Terminator 2 (Penamat 2); permainan ini dijangka akan dilancarkan dalam musim panas 2014. Penamat 2 telah dimasukkan ke dalam ‘Top 10 Filem Fiksyen Sains’ di bawah Institut Filem Amerika dan berada di tangga ke-35 dalam senarai 500 Filem Terhebat Sepanjang Zaman berdasarkan penilaian Empire. Permainan slot Microgaming akan menawarkan ciri pusingan percuma, dicetuskan oleh tiga atau lebih simbol Orbit Perjalanan Masa, serta peluang tambahan untuk menang dengan T800 dan T1000.
Rand Marlis, presiden Creative Licensing Corporation, juga wakil Studiocanal untuk perlesenan Penamat 2, memberi komen, “Microgaming amat berpengalaman dalam jenama perlesenan dan kami sangat yakin slot dalam talian Penamat 2 akan membuahkan kejayaan besar. Usahasama dengan Microgaming merupakan keseronokan sebenar dan kami mengharapkan jalinan hubungan yang berterusan dan penuh kejayaan.”