Laporan Istimewa: Peringkat Tertinggi Program VIP Kasino Dalam Talian


Anis Y. - April 6, 2015

Online Casino Reports memberi lebih perhatian terhadap program VIP di dua buah kasino dalam talian terkemuka untuk mencuba dan melihat apakah ramuan utama bagi membentuk skim VIP yang optima.

Sesetengah orang berpendapat program VIP merupakan petanda yang baik untuk petaruh membuat keputusan samada untuk mendaftar dengan sesebuah kasino dalam talian ataupun tiidak - kerana ianya menunjukkan bagaimana kasino memberi ganjaran kepada para petaruh yang telah banyak meluangkan masa dan tenaga di sepanjang tempoh keahlian mereka.  Untuk lebih memahami program VIP ini, kami telah meninjau skim VIP yang ditawarkan di dua buah kasino terkemuka yang disenaraikan di bawah.

bet365 Casino -  Dari Titik Permulaan

Daripada sistem ambil dan pergi, bet365 Casino mewar-warkan bahawa para petaruh yang mendaftar untuk akaun biasa sememangnya dimasukkan terus ke dalam skim kesetiaan istimewa.  Perkembangan sistem ini bergerak atas dasar sistem mata ganjaran, yang mana, pada tahap mata tertentu, membenarkan petaruh untuk menikmati skim VIP kasino yang didatangkan dalam tiga peringkat:  Gangsa, Perak dan Emas.

Pada mata ganjaran 100,000, petaruh menerima layanan Gangsa yang melayakkannya menikmati bonus deposit yang kerap, promosi istimewa dan kadar tukaran mata ganjaran yang lebih tinggi.  Idea yang sama dikekalkan pada peringkat Perak, yang berbeza hanyalah bonus yang lebih besar dan kadar tukaran yang lebih tinggi.  Peringkat Emas dicapai dengan 1,000,000 mata dan di sinilah segalanya menjadi serius:  Ribuan cip bonus, kadar tukaran lebih besar, pelantikan pengurus bagi akaun VIP istimewa, promosi istimewa dan jemputan ke acara sukan utama dengan layanan diraja.

EUCasino - Ruang Istirehat VIP

EUCasino merupakan satu lagi pelabur besar bilamana ianya melibatkan skim VIP.  Petaruh VIP mendapat pulangan wang tunai ke atas setiap taruhan yang mereka buat, bonus percuma untuk melangkah ke peringkat seterusnya, jemputan ke acara eksklusif, pulangan wang tunai untuk mencuba permainan baru dan tawaran bonus yang kerap.  Petaruh maju ke hadapan melalui 6 peringkat di sepanjang permainan, memenangi dan meraih mata ganjaran, dan semakin tinggi peringkat mereka, semakin besar ganjaran yang diperolehi:  Had deposit yang lebih besar, pembayaran keluar yang lebih cepat, pengurus peribadi akaun VIP dan bonus hari jadi merupakan antara sebahagian daripada ganjaran tersebut.


Notis penting

Dengan melawati laman ini, anda mengakui bahawa anda berumur lebih 20 tahun, dan anda memberikan persetujuan anda untuk kami menetapkan kuki. Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman menyemak imbas anda, menyiarkan iklan atau kandungan yang diperibadikan dan menganalisis trafik kami. Baca Lebih Lagi