Castle Builder boleh dimainkan di kasino Microgaming dan ia direka bentuk untuk menyediakan satu pengalaman bermain permainan slot yang tidak pernah dialami oleh pemain judi sebelum ini. Dalam permainan slot Castle Builder, petaruh boleh mendapat akses kepada pelbagai ciri menarik yang membolehkan mereka membina istana mereka sendiri. Peminat asal permainan ini boleh mula berasa teruja dengan pengeluaran Castle Builder II ini.
Padat dengan "Gamification"
Dalam permainan slot Castle Builder II, petaruh dapat menikmati ciri-ciri permainan yang mencabar tetapi amat menarik atau dalam bahasa Inggerisnya disebut "gamification" yang juga wujud di dalam permainannya yang pertama. Trailer slot Castle Builder II di YouTube bermula dengan paparan sebarisan negara beraja di mana petaruh boleh memilih untuk membina ciptaan mereka. Setiap negara beraja mempunyai nama yang gah dan kreatif, dan kelebihan dari segi lokasi masing-masing; contohnya, tempat yang dikelilingi lautan atau gunung-ganang yang diselaputi salju.
75 Reka Bentuk Istana
Pada permulaan permainan Castle Builder II, petaruh digalakkan untuk memilih satu daripada tiga watak yang juga ada di dalam permainan yang pertama. Mereka kemudiannya boleh membuat tetapan untuk membina istana mereka dengan mengumpul bahan-bahan yang berbeza. Microgaming telah mengumumkan bahawa studio dalaman iaitu Rabcat telah menyediakan 75 reka bentuk istana yang boleh dibina oleh para petaruh.
Para petaruh kemudiannya boleh mula meneroka dan mencipta jalan cerita mereka sendiri secara berinteraksi dengan 300 watak hebat yang mewakili raja dan ratu yang gah daripada kerajaan yang berbeza. Keseluruhan pengalaman ini disandarkan pula dengan pemerolehan trofi dan cabaran melengkapkan 100 pencapaian. Elemen "gamification" ini direka bentuk untuk memberikan kepuasan bermain yang lebih mendalam.
Faktor Reka Bentuk Slot
Kebanyakan permainan slot hanya memaparkan ciri-ciri asas, tetapi Rabcat benar-benar telah mencetuskan gegaran dengan siri Castle Builder ini. Malah, Castle Builder yang pertama telah dicalonkan sebagai "EGR Game of the Year" pada tahun 2013. Dengan pengeluaran siri kedua ini, petaruh akan berhadapan dengan lima roda pusingan dan 15 garis bayaran yang boleh digunakan untuk meneruskan pembinaan istana mereka.
Istana yang sedang dibina akan dipaparkan di sebelah kiri antara muka slot itu; ini juga merupakan tempat di mana keputusan penting dibuat. Terdapat juga satu ciri khas iaitu pencari jodoh di mana petaruh boleh menggandingkan putera dan puteri raja untuk mendapatkan ganjaran yang memberangsangkan. Kemenangan juga boleh diraih dengan cara melengkapkan cabaran dalam talian.