Para petaruh yang gemar memancing akan dapat menikmati satu permainan slot yang baru pada musim panas ini. Mula diketengahkan pada bulan Julai 2016, Reel Spinner adalah permainan slot bertema memancing yang dicipta oleh Microgaming, pembangun perisian tersohor yang juga telah mencipta Thunderstruck 2 dan Girls with Guns. Sesiapa yang berminat untuk bermain Reel Spinner kini boleh menemuinya di telefon mudah alih, Flash, serta Viper, Platinum Play Casino dan Royal Vegas Casino di laman sesawang Microgaming.
Suatu Pengalaman Yang Penuh Ketenangan
Reel Spinner adalah permainan yang memberi gambaran seolah-olah pemain berada di laut terbuka, diiringi dengan latar belakang langit yang cerah dan air laut yang tenang serta membiru warnanya. Pada antara muka permainan itu sendiri, Microgaming telah mencipta pelbagai pilihan simbol memancing, antaranya termasuklah kompas, kawalan bot, mesin pancing dan pelbagai spesis ikan.
Apabila bermain permainan ini, pemain boleh memadankan pelbagai simbol untuk mendapat kemenangan gabungan di sepanjang 15 garis bayaran. Pada setiap pusingan, terdapat sejumlah 15 simbol pada skrin apabila pada masa yang sama terdapat lima roda pusingan dan tiga barisan. Bagi mereka yang ingin bertaruh, Microgaming membenarkan pemain meletak taruhan bernilai antara €0.15 hingga €15.
Peluang Untuk Menang
Bagi petaruh yang bermain Reel Spinner, terdapat pelbagai peluang untuk mereka meraih kemenangan, di mana jackpot yang maksimum bernilai €112,500. Pemain yang ingin meraih kemenangan besar boleh mendapatkan bantuan dalam bentuk simbol rawak, yang mana ia dapat memenuhi tempat kosong pada garis bayaran.
Reel Spinner mempunyai sebuah lagi simbol yang boleh memberi kemenangan kepada pemain, iaitu simbol ikan todak. Apabila tiga atau lebih ikan todak dapat dipadankan dalam pusingan yang sama, pemain akan dapat bermain pusingan percuma yang mempunyai dua peringkat. Secara asasnya, ini direka bentuk untuk memberi pilihan khusus kepada petaruh dalam setiap pusingan mereka.
Dalam peringkat pertama, petaruh akan diminta untuk memilih bot memancing kegemaran mereka daripada model-model yang terpapar pada skrin. Setelah itu, permainan ini akan menghadiahi sehingga 20 pusingan percuma kepada petaruh. Sebelum permainan bermula, petaruh boleh memutar roda memancing dan membuka pengganda yang bernilai sehingga lima kali ganda daripada taruhan asal mereka.