Terma-Terma Penggunaan

Kami menghormati privasi anda dan meminta anda menghormati permintaan kami. Biasakan diri dengan syarat-syarat penggunaan laman sesawang kami. Satu-satunya perkara yang patut mengejutkan anda ialah semasa anda menghadap mesin-mesin slot!

Terma-terma dan syarat-syarat di laman sesawang ini dibawa kepada anda dalam bentuk yang telus, berdasarkan rasa hormat kami terhadap anda dan dalam usaha kami untuk membina suasana yang mesra dan berlandaskan rasa percaya. Di bawah adalah terma-terma dan syarat-syarat tersebut:

Dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan, pengguna dianggap bersetuju untuk terikat dengan terma-terma penggunaan laman sesawang ini. Kami boleh menukar terma-terma ini pada bila-bila masa. Kami mencadangkan agar anda melawat laman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak sebarang perubahan terkini.

Online Casino Reports bukan merupakan sebuah pengendali kasino, dan ia juga bukan pembekal perjudian dalam talian dalam bentuk apa sekalipun. Ianya merupakan sebuah portal perjudian dalam talian yang memberikan maklumat berkaitan industri tersebut, termasuk ulasan-ulasan peribadi dan iklan-iklan. Kami tidak memaksa anda untuk terlibat di dalam perjudian dalam talian. Kami tidak mempunyai sebarang kasino dalam talian dan bilik-bilik poker, dan kami tidak menawarkan sebarang waranti mahupun jaminan.

Setiap kali Online Casino Reports disebut, apa yang kami maksudkan adalah laman sesawang Online Casino Reports itu sendiri termasuk blog rasmi kami, blog.onlinecasinoreports.com.

Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau kecuaian yang berlaku di dalam laman sesawang ini. Kami berhak membuat sebarang penukaran ke atas isi kandungan laman sesawang pada bila-bila masa tanpa memberi notis. Dalam masa yang masa, Online Casino Reports tidak menjamin sebarang ketepatan, matawang, kebolehpercayaan atau kesempurnaan sebarang maklumat, teks, grafik, pautan, atau lain-lain perkara yang terkandung di dalam laman sesawang ini.

Sewajarnya, sila merujuk kepada waranti, peraturan-peraturan dan batasan-batasan pada laman-laman sesawang yang diketengahkan atau disenaraikan oleh laman sesawang ini, kerana Online Casino Reports tidak melanjutkan jaminannya terhadap tawaran-tawaran dan isi kandungan laman-laman sesawang mereka.

Kami menyarankan supaya anda menyemak dengan undang-undang semasa di kawasan anda sebelum bertaruh di mana-mana kasino dalam talian. Perjudian dalam talian mestilah sah di bandar anda, negeri dan negara di mana anda tinggal. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyedari samada anda mengikuti perkembangan undang-undang tempatan atau tidak.

Sebagai tambahan, laman-laman sesawang yang kami bentangkan tidak seharusnya, selagi ianya di dalam pengetahuan kami, dijalankan di dalam wilayah Amerika Syarikat.

Semua isi kandungan yang diberikan adalah dalam bentuk salinan bertulis dan sebarang penggunaan, tanpa kebenaran bertulis daripada kami, adalah melanggar hak cipta dan atau undang-undang tanda dagangan.

1. Harta Intelek

Semua isi kandungan di dalam laman sesawang kami merupakan harta kepunyaan Online Casino Reports. Ini termasuk sebarang maklumat atau lain-lain bahan dan perkhidmatan yang ditemui di dalam laman sesawang ini, forum diskusi, blog-blog atau penulisan-penulisan lain, grafik dan ciri-ciri yang lain.

Anda boleh membuat satu salinan isi kandungan laman sesawang ini untuk kegunaan peribadi dan tidak bersifat komersil, dengan syarat sebarang bahan yang disalin kekal dalam bentuknya yang asal dan disertakan dengan notis yang berikut: "Copyright 1997-2008 Online Casino Reports. All rights reserved." Mana-mana salinan yang lain, pengagihan, penyimpanan, pemindahan dalam apa jua bentuk, atau sebarang kegunaan komersil adalah dilarang tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada kami. Ini bermakna anda tidak boleh menjual, melelong, memindah atau menukar langganan anda atau mengusahakan sebarang penerbitan individu. Anda juga tidak boleh mengulang penerbitan, mengepos, menghantar atau mengagih isi kandungan ini ke buletin dalam talian, papan-papan mesej, blog-blog, bilik-bilik chat, intranet-intranet atau di mana-mana sahaja tanpa kebenaran kami. Anda juga bersetuju untuk tidak mencipta abstrak daripada atau menciplak isi kandungan kami untuk digunakan di dalam laman sesawang atau perkhidmatan yang lain.

2. Tatalaku

Laman sesawang utama kami berada dalam keadaan aktif dan kami membuka peluang untuk berdebat di kalangan ahli-ahli kami. Kami hanya meminta yang ianya dilakukan mengikut undang-undang dan menghormati tatasusila umum.

3. Privasi

Jika anda mendaftar masuk ke dalam mana-mana suapan RSS kami, kami akan meminta anda untuk memberikan kami alamat e-mel anda. Kami berjanji yang kami tidak akan sesekali menjual atau mengagihkan sebarang alamat e-mel mereka yang telah mendaftar untuk perkhidmatan ini.

4. Penafian Waranti dan Liabiliti

Kami memberi maklumat dalam skala yang pelbagai, termasuklah dalam bentuk komentari dan hiburan. Kami tidak boleh dan tidak mengeluarkan waran ke atas sebarang penyempurnaan atau ketepatan isi kandungan kami untuk sesuatu tujuan atau kegunaan. Walaupun kami mempunyai pekerja yang paling rajin dan mereka yang paling berbakat di bidang teknikal, kami tidak membuat sebarang janji yang isi kandungan kami atau sebarang perkhidmatan akan disampaikan kepada anda tanpa gangguan, dalam masa yang ditetapkan, selamat atau bebas daripada kesilapan. Pendek kata, kami tidak membuat sebarang janji atau waranti melainkan yang kami akan buat yang terbaik untuk memberikan maklumat, pendidikan dan hiburan yang menarik dan berguna. Selain itu, kami berhak untuk membuat kesilapan, walaupun kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan yang semuanya dalam keadaan yang betul.

BAIK ONLINE CASINO REPORTS MAHUPUN RAKAN-RAKAN KONGSI KAMI TIDAK PERNAH MEMBUAT SEBARANG JAMINAN YANG KUALITI PRODUK, PERKHIDMATAN, MAKLUMAT, ATAU LAIN-LAIN BAHAN YANG ANDA TELAH BELI ATAU DAPATKAN DARIPADA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KAMI AKAN MEMENUHI HARAPAN ANDA DAN SEMUA KESILAPAN AKAN DIPERBETULKAN DENGAN SERTA-MERTA. BAIK KAMI MAHUPUN RAKAN-RAKAN KONGSI KAMI TIDAK PERNAH MEMBUAT SEBARANG JENIS JAMINAN, BAIK DALAM BENTUK TERSIRAT MAHUPUN YANG NYATA TERMASUKLAH, TANPA HAD, WARANTI HAK MILIK ATAU JAMINAN PERDAGANGAN, ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU YANG BERKENAAN DENGAN LAMAN-LAMAN SESAWANG KAMI, MANA-MANA ISI KANDUNGANNYA, ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN KAMI, PERALATAN, PRODUK, ATAU HARTA - ANDA BERSETUJU YANG ANDA AKAN MENANGGUNG SEGALA RISIKO BERKAITAN KUALITI DAN PRESTASI PERKHIDMATAN KAMI DAN KETEPATAN ATAU KESEMPURNAAN ISI KANDUNGANNYA.

SESETENGAH NEGERI TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN BAGI WARANTI TERSIRAT ATAU BATASAN BAGI LIABILITI UNTUK KEROSAKAN SAMPINGAN MAHUPUN YANG BERKEPENTINGAN, OLEH ITU BATASAN-BATASAN ATAU PENGECUALIAN-PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI OLEH ANDA. DI DALAM NEGERI-NEGERI TERSEBUT, LIABILITI KAMI DAN PIHAK KETIGA YANG MENYUMBANGKAN ISI KANDUNGAN ADALAH TERHAD SEBANYAK MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.