Perjudian Yang Bertanggungjawab

Mengenali diri sendiri dan tanda-tanda yang menunjukkan anda sedang ketagihan berjudi adalah langkah pertama di dalam perjudian yang bertanggungjawab.

Perjudian yang bertanggungjawab adalah lebih menjurus kepada mengenali diri anda sendiri dan tanda-tanda amaran yang sewajarnya apabila ia menyentuh tentang perjudian kompulsif. Ikuti panduan ringkas kami di bawah ini dan berjudiah dengan selamat!

Sikap

Tubuh dan minda anda akan mendapat banyak faedah jika anda memiliki sikap yang betul mengenai perjudian.

Jika anda sentiasa berharap yang anda akan menang besar setiap kali berjudi, anda sebenarnya sedang menempah bencana! Tips kami yang terbaik ialah anda perlu bersantai dan selalu tersenyum, kerana bermain judi sebenarnya adalah suatu perjalanan dan bukannya suatu destinasi.

Tanda-tanda Buruk Yang Perlu DiPerhatikan

  1. Penyakit fizikal seperti ulser, kemurungan, ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah.
  2. Perasaan kurang senang apabila berada bersama kawan-kawan, keluarga dan rakan sekerja meningkat.
  3. Sentiasa meminjam wang atau sanggup melakukan jenayah semata-mata untuk mengumpul modal untuk berjudi.
  4. Pemikiran yang sentiasa berlegar tentang perjudian.
  5. Perasaan serba tidak kena jika tidak dapat berjudi (ini merupakan simtom yang muncul jika anda cuba berhenti berjudi)

Di Mana Anda Harus Pergi Untuk Meminta Bantuan

Terdapat beberapa kumpulan dikenali sebagai ‘Gamblers Anonymous’ yang telah lama bertapak di Malaysia.

Perlu diingat, bukan semua pemain judi akan menjadi ketagih, dan anda tidak perlu malu untuk meminta bantuan jika anda berasa sukar untuk mengawal diri walaupun masalah itu masih di peringkat awal.

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.