Privasi

Sila ambil masa anda untuk membaca dasar privasi dan cookie kami untuk mengetahui lebih banyak tentang cookies dan bagaimana serta mengapa kami menggunakannya.

Bagi membantu laman sesawang ini berfungsi dengan betul, mengingati pilihan dan tetapan anda, dan mencipta pengalaman yang lebih baik dan bersifat peribadi untuk pengguna kami, cookies telah disimpan di dalam peranti anda. Pada hari ini, banyak laman sesawang di alam maya menggunakan cookies.

Apa Itu Cookies?

Cookies adalah fail-fail kecil yang mengandungi teks, di mana ia disimpan secara automatik pada komputer meja atau peranti mudah alih anda apabila anda melawat sesebuah laman sesawang. Dengan adanya cookies, laman sesawang boleh mengingati pelbagai pilihan penting (seperti bahasa, kawasan, maklumat log masuk, dan tetapan paparan yang berbeza). Disebabkan ini, anda tidak perlu memasukkan semula maklumat ini setiap kali anda melawat laman sesawang yang sama atau melayari halaman berbeza pada laman sesawang tersebut.

Bagaimana Kami Menggunakan Cookies?

Di Online Casino Reports, kami menggunakan cookies untuk membantu pengguna melog masuk semula ke dalam laman sesawang dengan mudah tanpa perlu memasukkan semula maklumat yang sama, serta ia memaparkan kandungan yang relevan berdasarkan kawasan dan bahasa.

Pengguna boleh memilih untuk mematikan fungsi cookies dan ia tidak akan menjejaskan keupayaan anda untuk melayari laman sesawang kami dan menggunakan fungsi asas yang terdapat di dalamnya. Meskipun begitu, dengan menghidupkan fungsi cookies, anda akan merasai pengalaman yang lebih baik dan lebih lancar dalam melayari laman sesawang kami. Di samping itu, mematikan fungsi cookies boleh mengakibatkan beberapa bahagian tertentu menjadi tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.

Cookies hanya digunakan untuk mengumpul dan menyimpan maklumat yang diperihalkan di sini. Kami tidak menggunakan cookies untuk mengumpul sebarang data peribadi dan privasi anda dilindungi sepenuhnya.

Mengawal Cookies

Pengguna mempunyai kawalan penuh terhadap cookies yang disimpan di dalam peranti mereka dan mereka boleh memilih untuk memadam sebarang dan/atau kesemuanya sekali dan juga menghalang laman sesawang daripada meletakkan cookies di dalam peranti mereka. Pengguna boleh menyekat cookies dengan cara mengubah tetapan bagi kebanyakan pelayar internet.

Untuk mendapatkan panduan terperinci tentang cara untuk mengendalikan cookies, sila lawati www.aboutcookies.org atau www.allaboutcookies.org.

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.

SUBSCRIBE