Entropay

Akaun Entropay merupakan suatu Kad Maya VISA yang anda boleh gunakan untuk membuat pembelian dalam talian bilamana VISA diterima pakai. Masukkan wang ke dalam Kad Maya Entropay menggunakan kad kredit atau kad debit anda yang biasa.

Kasino Dalam Talian Terkemuka Entropay

EntroPay Virtual Card boleh digunakan dalam talian di semua tempat yang menerima VISA, dan ia amat biasa digunakan dalam pelbagai urusan pembelian dalam talian di Malaysia.

Apabila anda melakukan pembelian dalam talian, EntroPay Virtual Card berfungsi sama seperti kad VISA yang biasa, tetapi kad ini tidak mempunyai kaitan dengan sebarang akaun bank. Anda boleh menguruskan kad ini dengan cara melog masuk ke dalam laman sesawang EntroPay dan menggunakan sistem pengurusan kad dalam talian yang disediakan.

Maklumat Umum

Entropay membolehkan anda mendapatkan kad VISA maya yang amat serupa penggunaannya dengan kad debit dan kad kredit yang terdapat di Malaysia. Anda boleh menggunakan Kad EntroPay untuk membeli-belah dalam talian sama seperti anda menggunakan kad kredit anda; anda hanya perlu mengunjungi kedai maya yang anda ingini dan pilihlah barangan atau perkhidmatan yang anda perlukan, kemudian masukkan butiran EntroPay Virtual Card ke dalam halaman ‘site checkout’ pada kedai maya tersebut.

Apabila anda buka Akaun Entropay anda, pada skrin komputer atau telefon bimbit anda akan terpapar beberapa set nombor yang diberikan khas untuk anda sahaja iaitu: nombor kad, tarikh luput dan digit sekuriti (atau ‘CVV’) yang hanya diketahui oleh anda seorang sahaja. Dengan EntroPay, anda boleh membuat pembayaran tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada penjual/pedagang.

Untuk mula menggunakan EntroPay, pertama sekali anda perlu mendaftar untuk mendapatkan satu akaun percuma. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk mendaftar dan mula menggunakan kad. Setelah itu anda akan dapat memasukkan wang ke dalam EntroPay Virtual Card anda dengan cara memindahkan wang daripada kad kredit atau kad debit peribadi anda – juga dipanggil ‘Funding Source’ atau ‘Sumber Dana’. Anda juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan menggunakan EntroPay Virtual Card anda.

Manfaatnya

  1. Ia Pantas dan Mudah – Proses pendaftaran amatlah mudah dan pantas, dan ini menjadikan Entropay satu cara pembayaran yang mudah dan popular di Malaysia.
  2. Tiada Semakan Kredit – Tiada sekatan dikenakan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran ini kerana EntroPay menerima semua pelanggan tanpa mengira sejarah kredit mereka.
  3. Diterima secara meluas – Jutaan pedagang menerima EntroPay sebagai kaedah pembayaran pilihan mereka.
  4. Boleh digunakan di mana-mana sahaja – Anda boleh menguruskan akaun EntroPay anda dalam 7 bahasa dan menukar sebarang wang ganjaran/kemenangan ke dalam mata wang tempatan di Malaysia.

Cara Memasukkan Wang

Masukkan wang ke dalam Entropay Virtual Card anda dengan cara memindahkan wang daripada kad kredit atau kad debit peribadi anda – juga dipanggil ‘Funding Source’ atau ‘Sumber Dana’. Anda hanya perlu mendaftarkan ‘Funding Source’ anda sekali sahaja dan anda boleh menggunakannya berulang-kali pada bila-bila masa yang diperlukan. Semua kad kredit dan kad debit utama diterima di Malaysia.

Keselamatan

Apabila wang anda telah ada di dalam akaun EntroPay anda, wang ini disimpan di dalam akaun pengasingan dana pelanggan agar wang anda dilindungi sepenuhnya.

EntroPay diakui oleh FSA, singkatan kepada Financial Services Authority of the United Kingdom (Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan United Kingdom) dan Ixaris Systems Ltd. telah diberi pengiktirafan oleh FSA sebagai pengeluar ‘e-money’ atau ‘e-wang’ berskala kecil. Peraturan FSA bermaksud bahawa EntroPay mesti mematuhi keseluruhan peraturan berkenaan dengan aset/liabiliti, pengurusan apungan dan perlindungan pengguna serta pencegahan risiko.

Kasino Dalam Talian Entropay



Maklumat lanjut

Anda ingin tahu lebih lanjut? Lawati pautan yang berikut untuk mengetahui lebih banyak perincian dan maklumat: entropay.com.

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.

SUBSCRIBE