Bagaimana Perjudian Dalam Talian Telah Berevolusi

Pelajari kesemuanya mengenai sejarah perjudian dalam talian dan bagaimana perjudian dalam talian telah berevolusi sejak bertahun lamanya.

Kasino-kasino dalam talian kini telah membanjiri setiap pelusuk rantau, dan ratusan daripadanya boleh diakses oleh para petaruh dari serata dunia, tetapi berapa ramaikah yang tahu serba-sedikit tentang sejarah kasino-kasino ini yang boleh dikatakan sebagai penyumbang kepada satu cabang hiburan yang baru? Negara pertama yang menyedari potensi kasino-kasino dalam talian, dan yang bertindak sebagai pengawal selia ialah Antigua dan Barbuda dari Caribbean, di mana mereka telah meluluskan Akta Perdagangan dan Pemprosesan Bebas 1994. Akta ini telah membenarkan kasino-kasino untuk menetapkan kawasan mereka dan menyalurkan perkhidmatan perjudian kepada negara lain.

Walaubagaimanapun, sebelum mana-mana individu dapat bermain di kasino-kasino tersebut, permainan-permainan perlu direka, dan sejumlah syarikat perisian telah muncul untuk mengisi keperluan tersebut. Yang paling menonjol adalah Microgaming yang telah mula berdagang pada 1994 dan masih bergiat cergas sehingga hari ini. Kini mereka mempunyai lebih daripada 600 permainan-permainan kasino yang digunakan oleh kebanyakan laman-laman kasino terbesar, dan lebih banyak lagi permainan yang ditambah setiap masa. Oleh kerana Microgaming merupakan salah satu pelopor di dalam bidang perjudian dalam talian, kenyataan ini telah membantu mereka untuk tetap berada di tempat teratas di dalam industri ini.

Ramai orang menyangka yang kasino dalam talian yang pertama ialah InterCasino, dengan 888 pesaing yang lain berada hampir di belakangnya. Walaubagaimanapun, apabila kedua-dua kasino mula beroperasi setelah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan telah dibentuk, dakwaan yang telah dibuat sebelumnya menjadi agak meragukan. Pencabar yang lebih sesuai untuk meraih gelaran kasino dalam talian yang pertama ialah Gaming Club, sebuah laman sesawang yang dikelola oleh Microgaming sendiri, and ianya masih beroperasi.

Berikutan dengan kejayaan Antigua dan Barbuda, beberapa wilayah lain mula membangunkan piawaian perlesenan mereka sendiri. Pada 1996 Canadian Mohawk di wilayah Kahnawake telah meluluskan undang-undang kawal selia bagi kasino-kasino dalam talian yang beroperasi di luar daripada tanah jajahan mereka. Ini telah terbukti sebagai tindakan yang sangat berkesan dan lesen-lesen perjudian Kahnawake kini dipegang oleh banyak laman sesawang kasino dan pertaruhan sukan, terutamanya mereka yang mensasarkan para pemain dari Amerika Syarikat. Tempat-tempat lain yang mengeluarkan lesen termasuk Gibraltar, Malta, Kepulauan Channel, Curacao dan Cyprus.

Dalam jangka waktu dua tahun daripada pelancaran Gaming Club, kemunculan kasino-kasino dalam talian terdapat dengan begitu banyak sekali, dan menjana keuntungan yang dianggar sebanyak $843 juta pada 1998. Walaubagaimanapun, teknologi yang terhad telah menghalang banyak pemain berpotensi daripada mendaftar masuk. Sambungan Internet berstail lama iaitu melalui pendailan telefon merupakan isu yang terbesar, dan dalam masa yang sama ramai orang tidak mahu memuat turun perisian sebelum bermain. Kewujudan Internet berjalur lebar telah merubah segalanya, dan kini kasino-kasino boleh mempersembahkan permainan-permainan berkualiti yang dapat dipaparkan dengan lancar tanpa pemain perlu memuat turun sebarang perisian ke dalam komputer mereka. Jaringan-jaringan bergerak juga telah berubah sejak lebih lima tahun yang lalu, berserta dengan pertumbuhan kasino-kasino yang membenarkan pemain bermain menggunakan telefon dan tablet mereka.

Sesetengah pengurus taruhan utama dan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan pertaruhan melalui telefon telah menyedari peluang-peluang yang ditawarkan; lantas berhijrah ke dalam talian dan membuka kasino-kasino, bilik-bilik poker dan buku-buku sukan. Di kalangan mereka ialah Intertops yang pelancarannya telah dibuat pada 1983 dan dikenali sebagai sebuah syarikat pertaruhan melalui telefon. Kini mereka mempunyai satu daripada laman-laman sesawang dalam talian yang terbesar, dengan lebih 4000 pertaruhan sukan ditawarkan setiap hari kepada para pelanggan dari sekitar 180 buah negara.

Laman-laman sesawang poker telah mengalami sedikit masalah pada awal kewujudannya. Ini kerana agak sukar bagi para petaruh untuk berhubung sesama mereka dengan hanya bergantung kepada perkhidmatan sambungan Internet secara pendailan. Laman sesawang poker yang pertama, Poker Planet tidak pernah dapat bergerak maju sehinggalah pada awal 2000an di mana laman-laman sesawang seperti PokerStars, Party Poker dan Paradise Poker mula mengukir kejayaan masing-masing. Kejayaan Party Poker sangat terserlah sehinggakan syarikat induknya telah tersenarai di Bursa Saham London pada 2005, tetapi mereka telah kecundang di tengah jalan kerana telah menarik diri daripada pasaran Amerika Syarikat akibat isu-isu perundangan yang dihadapi oleh semua syarikat perjudian dalam talian pada tahun tersebut.

Pada tahun tersebut kerajaan Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk mengharamkan semua aktiviti perjudian yang bukan berasas di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, berdasarkan sebuah kes mahkamah, keputusan telah dibuat yang mana undang-undang yang disebutkan di atas tidak boleh dipakai, tetapi pada masa itu banyak kekeliruan telah pun berlaku tentang apa yang sah dan tidak sah; oleh itu ramai pengusaha kasino dalam talian telah mengambil langkah mudah dengan meninggalkan pasaran Amerika Syarikat untuk kekal selamat. Hakikatnya, tiada siapa pun yang telah didakwa di atas kesalahan membekal keperluan perjudian dalam talian kepada penduduk di Amerika Syarikat, dan pada hari ini ramai orang telah menyuarakan pendapat yang perjudian patut dialu-alukan semula dan wang yang diperolehi daripada aktiviti tersebut boleh disalurkan ke dalam tabung kerajaan.

Negara-negara lain telah meluluskan dan mengawal selia perjudian dalam talian dengan sepenuhnya, termasuk Kesatuan Union Eropah dan Afrika Selatan. Walaubagaimanapun, ada yang tidak memihak kepada perkara ini, contohnya semua bentuk pertaruhan dalam talian telah diharamkan di Rusia pada 2010.

Seluruh industri perjudian kini menjadi semakin matang, dan kasino-kasino terbesar telah tersenarai di pelbagai bursa saham di seluruh dunia, dan penerimaan yang lebih baik telah dapat disaksikan di mana orang ramai kini melihat perjudian hanya sebagai salah satu cabang hiburan yang akan kekal di pasaran selama-lamanya. Kebarangkalian untuk berlakunya unsur-unsur bahaya, dan untuk kasino-kasino tidak bertauliah untuk beroperasi telah dapat dikurangkan apabila kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ketat telah dilaksanakan dengan sewajarnya.

Pertumbuhan perjudian dalam talian juga telah menyebabkan kasino-kasino tradisional yang beroperasi secara konvensional memperbaiki permainan-permainan mereka untuk memastikan yang mereka masih dapat menerima pelanggan dalam skala yang tetap. Berbilion-bilion dolar telah dilaburkan dari Las Vegas ke London dan ke Macau dan ini memberikan para petaruh lebih pilihan tentang di mana mereka mahu menikmati permainan-permainan kegemaran mereka.

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.