Poker Video Dalam Talian

Poker video ialah versi berkomputer bagi permainan slot dan cabutan lima daun terup. Baca selanjutnya untuk mempelajari banyak lagi mengenai cara berjudi yang menyeronokkan dan agak baru ini.

Sejarah

Sejarah poker video bermula di sekitar 1970an. Pada ketika itu saiz komputer adalah sangat besar – sebesar rumah kecil – dan harganya juga boleh tahan mahalnya. Seorang individu bernama William Redd merupakan pelopor kepada penciptaan slot-slot mesin baru di era 1970an, walaupun eksekutif-eksekutif syarikat pada awalnya menolak usulnya untuk mengenengahkan suatu permainan baru dipanggil Poker Video. Syarikat di mana dia bekerja dikenali sebagai Bally – sebuah perusahaan gergasi di dalam industri mesin slot. Redd tetap bersabar dan akhirnya dia berjaya meyakinkan majikannya untuk memberikannya paten kepada Poker Video. Selepas menandatangi sebuah perjanjian dengan syarikat berasaskan Reno – Fortune Coin Company – William Redd telah membentuk sebuah syarikat di bawah nama Sircoma. Malangnya, Mesin-mesin Duit Syiling William Redd ini pada awalnya menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Di sekitar 1980an, Poker Video akhirnya bangkit dan berkembang menjadi permainan sensasi kegilaan ramai di peringkat global. Permainannya yang paling top termasuklah Pekak atau Lebih, Daun Sat dan Muka, Poker Pekak, Deuces Wild dan Sepuluh atau Lebih.

Istilah

Poker Video, sepertimana permainan kasino yang lain, mempunyai istilah, frasa dan ungkapannya yang tersendiri.

  • Action – jumlah keseluruhan nilai taruhan pemain.
  • Taruhan Maksima – ini adalah taruhan maksima dalam mana-mana permainan Video Poker apabila 5 keping wang dipertaruhkan pada setiap genggam kad.
  • Cycle – bilamana Flush Diraja menemui hit pada setiap 40,000 genggam kad secara purata.
  • Buang – sebarang kad yang pemain pilih untuk dibuang.
  • Flush – satu genggam kad lima daun dengan semua kad terdiri daripada padanan yang sama.
  • 4 Serangkai – segenggam kad poker terdiri daripada 4 kad dengan nilai yang sama.
  • Full House – 3 serangkai +1 pasang.
  • Segenggam – ini merujuk kepada 5 kad yang dikocok kepada pemain dalam permainan Poker Video.
  • Jackpot – ini ialah bayaran keluar maksima – biasanya Flush Diraja
  • Bayaran Keluar – ini dipaparkan pada meja bayaran untuk mana-mana genggam kad yang menang taruhan.
  • Flush Diraja – ini ialah genggaman kad poker video terbaik terdiri daripada daun Sat, Raja, Ratu, Pekak dan 10 dari padanan yang sama.
  • Winning Hand – mana-mana genggam kad yang mendapat kombinasi kemenangan.

Peraturan

Biasanya, Poker Video terdiri daripada dek standard dengan 52 kad. Pengecualian diberi kepada permainan Daun Pekak Bebas yang memuatkan daun pekak tambahan. Untuk memulakan permainan, buat taruhan, tekan kocok dan pilih kad yang mahu dipegang serta yang mana mahu dibuang. Mesin Poker Video menggantikan serta-merta kad yang dibuang dengan kad baru. Bergantung kepada nilai 5 kad di genggaman anda, anda akan dibayar mengikut apa yang dipaparkan di meja bayaran. Sistem tingkatan digunakan dalam mana-mana Poker Video yang tertentu bergantung kepada jenis permainan yang dimainkan. Biasanya Flush Diraja mempunyai genggaman kad terbaik bagi semua permainan. Dalam Pekak atau Lebih, contohnya, pemain perlu memegang sepasang Jack atau Lebih untuk memenangi sesuatu dalam permainan ini.

Strategi

Anggap saja permainan Poker Video - Pekak atau Lebih sebagai asas permainan anda. Permainan ini senang untuk dimainkan dan tidak memerlukan sebarang strategi yang rumit. Pemain juga tidak bersaing sesama mereka; sebaliknya mereka bertanding melawan kasino untuk mendapat segenggam kad yang boleh memberi kemenangan. Semua kad di dalam permainan Poker Video dikocok secara rawak, tetapi pemain boleh menggunakan strategi asas di dalam permainan ini. Jika anda mempunyai satu Flush Diraja atau Flush Lurus, anda harus sentiasa berpegang kepada semua kad-kad itu. Jika anda mempunyai kad 4 serangkai, pegang semua kad dan jika anda mempunyai Full House, pegang semua kad.  Sama juga keadaannya untuk ‘Straight’. Jika anda memegang Tiga Serangkai, pegang ketiga-tiganya tetapi buang dua kad yang lain. Jika anda memegang dua pasang, pegang dua pasang itu tetapi buang kad kelima. Jika anda memegang Pekak atau Lebih, pegang pasangan itu dan buang tiga kad lebihan.

Tips

  • Pelajari variasi peraturan tertentu bagi Poker Video yang bakal anda sertai sebelum anda bertaruh untuk memenangi wang sebenar.
  • Bermain permainan Poker Video dalam talian secara percuma sebelum menyertai pertaruhan sebenar.
  • Cuba beberapa variasi Poker Video sebelum anda memutuskan untuk bermain sebarang permainan untuk memenangi wang sebenar.
  • Sentiasa periksa meja bayaran sebelum anda mula bermain – dengan cara itu anda akan ketahui segenggaman kad yang mana harus dikumpul.
  • Bermain dengan taruhan maksima sebanyak 5 keping wang syiling supaya anda boleh mencapai bayaran keluar maksima dengan Flush Diraja.
  • Poker Video lebih menjurus kepada elemen keseronokan – jangan terlalu serius mengenainya.
  • Kad-kad dikocok secara rawak – tiada apa yang boleh pemain lakukan untuk mempengaruhi kad yang mana akan diagihkan.

Juga lihat

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.