Rolet Dalam Talian

Walaupun permainan Rolet nampak agak rumit bagi yang tidak gemarkan cabaran, realitinya amat senang untuk mempelajari dan bermain permainan ini.

Sejarah

Rolet mempunyai sejarah yang menakjubkan yang bermula pada zaman pra-revolusi Perancis. Tetapi hanya apabila permainan meja kasino yang menerujakan ini dapat merentasi Lautan Atlantik dan menjejaki Dunia Baru, barulah popularitinya mencanak naik. Sejak kemunculannya di Las Vegas, tempat di mana perjudian dalam talian bermula, dan kini terdapat juga permainan dengan pengocok secara langsung dan perjudian bergerak, rolet masih menjadi peneraju utamanya. Dianggarkan bahawa asal-usul sebenar permainan ini boleh dikesan sejauh era pemerintahan Rom. Di sekitar zaman itulah terdapatnya rekod tentang orang yang menembak anak panah ke dalam ruang-ruang yang terdapat di celah-celah roda, dan mereka juga meletak taruhan tentang tempat yang tepat di mana anak panah itu akan mendarat.

Di zaman China dan Greek kuno, mereka bermain permainan yang serupa dengan rolet. Semasa kurun ke-17 terdapat 2 variasi rolet yang sangat popular. Orang Inggeris bermain dengan permainan yang mempunyai 42 lubang pada meja bulat (20 kebarangkalian, 20 gandaan menang dan 2 untuk kasino). Orang Itali bermain permainan yang dikenali sebagai Hoka. Permainan ini mengkehendaki pemain untuk menggolek bola ke dalam salah satu daripada 40 lubang/cawan. Terdapat juga 3 cawan bertanda 0, dan kasino akan menang jika bola pemain berhenti di dalam mana-mana lubang cawan ini. Sejak itu, seorang ahli matematik Perancis bernama Blaise Pascal telah mencipta Roda Rolet (Roulette Wheel) yang bermaksud roda kecil di Perancis dan popularitinya menjalar ke peringkat global. Dalam pada itu, Rolet Eropah telah menjadi tarikan utama di Monaco, dan Rolet Amerika Syarikat merupakan variasi yang kedua popular. Secara keseluruhan, rolet lebih popular di Eropah berbanding di benua Amerika. Walaubagaimanapun, kelahiran industri kasino dalam talian telah menarik minat ramai orang terhadap semua variasi rolet yang boleh dimainkan di mana-mana sahaja.

Istilah

Memandangkan permainan ini berasal dari Perancis, kebanyakan daripada ekspresi yang digunakan di dalam rolet berasal dari Perancis. Istilah yang disenaraikan di bawah boleh dipakai untuk rolet Amerika Syarikat dan/atau rolet Eropah.

  • Roda Amerika Syarikat – roda rolet ini mempunyai 38 nombor termasuklah tanda 00.  Rolet Eropah pula mempunyai 37 nombor.
  • Taruhan Ruangan – taruhan ini diletak pada ruangan melintang yang mengandungi 12 nombor. Ini termasuklah (1-12), (13-24) dan (25-36). Bayaran keluar disenaraikan pada kadar 2 kepada 1.
  • Taruhan Sudut – ini adalah taruhan yang diletak pada 4 nombor dengan bayaran keluar pada kadar 8 kepada 1.
  • Dua Kosong – nama lain bagi Rolet Amerika Syarikat
  • Rolet Eropah – satu meja Rolet dengan 36 nombor dan 0.
  • Taruhan Wang Berganda – Taruhan akan mendapat bayaran keluar pada kadar 1 kepada 1. Ini termasuklah tinggi/rendah, kebarangkalian/gandaan dan merah/hitam.
  • Taruhan Dalaman - taruhan yang diletak di bahagian dalam meja rolet iaitu pada nombor-nombor.
  • Taruhan Luaran – taruhan yang diletak di mana-mana tempat di luar kawasan bernombor.
  • Taruhan Jalanan – ini adalah taruhan luar yang diletak pada tiga nombor.

Peraturan

Rolet merupakan permainan nasib di mana pemain bertanding dengan kasino. Objektif permainan ini ialah untuk meletak taruhan di slot yang anda rasa bola akan berhenti. Biasanya, meja-meja rolet di kasino tradisional boleh memuatkan sehingga 8 orang pemain. Di kasino dalam talian bilangan pemain yang boleh bermain pada satu-satu masa tidak dihadkan. Perkara pertama yang mesti dibuat sebelum memulakan permainan ialah Pemutar Rolet perlu menerima taruhan daripada setiap pemain di meja.  Kemudian, pemutar rolet akan memutar roda pada satu arah dan bola pula pada arah yang bertentangan. Setelah bola berhenti pada satu slot, bayaran keluar untuk taruhan yang menang akan dibuat. Roda Rolet Eropah mempunyai 37 slot dan roda Rolet Amerika Syarikat mempunyai 38 slot. Taruhan boleh diletak pada satu nombor/sekumpulan nombor, merah/hitam, kebarangkalian/gandaan, dan tinggi/rendah sebelum bola dibaling ke roda.  Pemutar rolet akan memaklumkan kepada pemain apabila tiada lagi taruhan yang boleh dibuat. Kelebihan kebarangkalian menang untuk kasino bagi Rolet Eropah adalah pada 2.7% sementara Rolet Amerika pula adalah pada 5.26%.

Strategi

Memandangkan rolet adalah permainan nasib, biasanya kasino mempunyai satu kelebihan.  Bertentangan dengan kepercayaan ramai, tiada strategi yang berdasarkan teori, matematik atau lain-lain lagi yang akan memberi kelebihan kepada pemain berbanding kasino apabila bermain rolet. Walaubagaimanapun, pengurusan wang titipan yang bijak, pemilihan permainan rolet yang betul dan penggunaan strategi rolet untuk jangka pendek boleh memberi imbuhan kepada pemain. Strategi rolet yang paling popular terdiri daripada Martingale, D’Alembert, dan strategi James Bond.

Setiap satu daripada strategi pertaruhan rolet ini mempunyai merit yang tersendiri. Contohnya, Sistem Martingale mengkehendaki pemain untuk menggandakan taruhan selepas mereka kalah, untuk menampung kerugian. Bagaimanapun, berdasarkan had meja, dan saiz wang titipan pemain, ini agak mustahil dilakukan selepas pemain mengalami beberapa kekalahan yang berturutan. Sistem D’Alembert mengkehendaki pemain untuk menaikkan saiz taruhan sebanyak 1 selepas setiap kekalahan, dan mengurangkan taruh sebanyak 1 selepas setiap kemenangan. Sistem James Bond pula ialah untuk petaruh besar dan ia memerlukan jumlah taruhan minima sebanyak €200. Ia mengkehendaki pemain untuk meletakkan 70% daripada wang tunai pada nombor-nombor tinggi, 20% pada nombor-nombor rendah dan 10% pada 0.

Tips

  • Sentiasa ingat yang rolet adalah permainan nasib dan bukan permainan yang memerlukan kemahiran.
  • Taruhan terbaik dalam rolet adalah taruhan wang berganda.
  • 3 variasi Rolet terdiri daripada Rolet Perancis, Rolet Amerika Syarikat dan Rolet Eropah.
  • Dalam Rolet, fokus anda harus sentiasa disalurkan pada permainan anda sendiri – bukan pada apa yang pemain lain sedang lakukan.
  • Berlatih rolet dalam talian secara percuma sebelum mendaftar untuk permainan sebenar.
  • Main Rolet Eropah lebih kerap berbanding Rolet Amerika Syarikat, kerana kelebihan kebarangkalian untuk kasino menang lebih rendah pada Rolet Eropah.

Juga lihat

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.