Poker Dalam Talian

Poker ialah salah satu permainan tertua di dunia tetapi ia popular sepanjang zaman. Baik dalam talian ataupun tidak, Poker mempunyai banyak versi tetapi nilai-nilai asasnya tetap terpelihara. Faktor psikologi yang mendorong pemain untuk meneruskan perma

Sejarah

Sejarah poker mendedahkan satu permainan yang proses pembuatannya memakan ratusan tahun. Sesetengah sejarawan perjudian berkeras mengatakan yang poker berasal daripada permainan kuno Parsi dikenali sebagai As Nas yang dimainkan dalam kurun ke-16. Manakala yang lain pula percaya yang poker boleh dikesan kewujudannya pada seawal kurun ke-10 di mana wujudnya peradaban China dan Dinasti Song.  Walaubagaimanapun, variasi poker moden yang sudah sebati dengan kita hari ini berasal dari Perancis.  Poker berhijrah ke Amerika Syarikat di era Perang Saudara yang berlaku di antara 1861 dan 1865. Pelbagai variasinya wujud, termasuklah Poker 5 Kad, Poker Seri, Kad Bebas, Poker Split Pot, Poker Kad Komuniti dan Bola Rendah. Variasi poker paling popular di dunia - Hold'em Texas – meraih populariti antarabangsa dalam 1970an.  Permainan ini telah melalui proses inovasi yang dramatik, ia telah diketengahkan di  World Series of Poker (WSOP), the World Poker Tour (WPT) dan lain-lain acara yang gilang-gemilang. Poker dalam talian telah menerima satu lonjakan apabila Chris Moneymaker memenangi $2.5 juta di Acara Kemuncak WSOP pada 2003. Moneymaker memenangi kelayakan untuk menyertai pertandingan berprestij ini melalui satelit poker dalam talian.  Sejak itu, dia tidak pernah memandang ke belakang lagi. 

Istilah

Ungkapan yang digunakan dalam poker mencerminkan pengaruh pelbagai budaya di dalam permainan ini. Di bawah adalah beberapa istilah yang biasa digunakan dalam permainan poker:

  • Ante – Taruhan minima yang pemain mesti letakkan di dalam tabung sebelum bermain permainan poker.
  • Kalah Teruk – ini merujuk kepada kekalahan dalam pertaruhan walaupun anda mempunyai segenggam kad yang berpotensi besar untuk menang.
  • Blinds – taruhan mandatori yang diletak berdasarkan kedudukan anda dari butang pengocok. Blind kecil dan besar adalah pertaruhan yang terpaksa dibuat.
  • Buy-In – cip yang anda telah beli untuk membolehkan anda bermain di dalam permainan poker.
  • Kad Komuniti – kad-kad ini dikocok menghadap ke atas dan diletak di tengah-tengah meja untuk kegunaan semua pemain.
  • Flop – tiga kad komuniti pertama yang diletak ke tengah meja.
  • Kad Pusing (Turn) – kad komuniti keempat yang diletak ke tengah meja.
  • Kad Sungai (River) – kad kelima dan terakhir yang diletak ke tengah meja.

Peraturan

Variasi poker paling menonjol yang sering dimainkan pada hari ini adalah Hold'em Texas. Pengocok (diwakili oleh satu butang) mengocok satu dek standard terdiri daripada 52 kad. Betul-betul di sebelah kiri pengocok ialah Blind Kecil dan di sebelah kiri Blind Kecil ialah Blind Besar. Butang bergerak mengikut pusingan jam di sekeliling meja supaya setiap pemain yang yang terlibat dalam permainan Hold’em Texas ini dapat berada di kedudukan pengocok. Dalam setiap genggam kad, taruhan pada Blind Kecil diletak (50% daripada had meja yang lebih rendah), diikuti oleh Blind Besar (had meja yang lebih rendah). 

Setiap pemain di meja menerima 2 kad lubang yang menghadap ke bawah. Pertaruhan bermula dengan pemain di sebelah kiri Blind Besar dan berterusan mengelilingi meja supaya setiap pemain yang aktif mendapat peluang untuk bertaruh. Pemain boleh semak (check), panggil (call) atau lipat (fold) di mana yang patut.  Selepas pengocok melebur kad atas, tiga kad komuniti yang pertama akan dikocok. Ini dikenali sebagai Flop. Aktiviti pertaruhan diteruskan mengelilingi meja. Kemudian, pengocok akan mengocok kad komuniti keempat dan kelima yang dikenali sebagai Kad Pusing (The Turn) dan Kad Sungai (The River). Selepas setiap genggam kad dikocok, satu pusingan pertaruhan akan dilakukan. Tugas pemain ialah untuk mendapatkan kedudukan segenggam 5 kad tertinggi daripada mana-mana kombinasi 2 kad lubang dan 5 kad komuniti.

Strategi

Memandangkan poker ialah permainan berasaskan kemahiran, ada banyak cara untuk anda meningkatkan mutu permainan anda. Kejayaan anda dalam poker bergantung sepenuhnya kepada strategi yang anda gunakan. Pemain poker berpengalaman selalu memberi penekanan kepada gerak hati, psikologi dan kesabaran semasa bermain.  Permainan ini harus dimainkan dengan menggunakan akal dan bukannya mengikut perasaan. Dalam kata lain poker ialah permainan yang melibatkan pengiraan yang berhati-hati, emosi yang stabil dan permainan yang berstrategi. Adalah sangat penting untuk anda memahami peraturan permainan ini sebelum anda bermain untuk wang sebenar.

Pemain harus menimba banyak pengalaman dan mendapatkan pendedahan meluas kepada permainan poker dengan cara bermain permainan kasual, permainan percuma, permainan poker dalam talian dan sebagainya. Strategi asas kepada permainan poker boleh diguna pakai di dalam segala jenis permainan poker.  Banyak aspek mengenai poker diterangkan di dalam strategi asas poker seperti bluffing, bila masa yang sesuai untuk pegang (hold) dan lipat (fold), bermain banyak genggam kad permulaan dan bertaruh dengan agresif (loose aggressive), atau bermain banyak genggam kad permulaan tetapi tidak bertaruh dengan agresif (loose passive) dan sebagainya. Peraturan asasnya ialah untuk bermain dengan genggaman kad permulaan yang premium sahaja. Pemain juga harus melipat 70% daripada genggaman kad yang dikocok kepada mereka, dan tidak berasa seperti terpaksa untuk bermain setiap satu daripada genggaman kad.  Pastikan yang anda mempunyai wang titipan yang cukup untuk bermain permainan poker kerana ada banyak turun-naiknya di dalam setiap sesi permainan poker.

Tips

  • Sepertimana yang disebut di atas – jangan bermain setiap genggam kad kerana itu hanya bermakna yang anda sengaja menempah bala.
  • Perhatikan apa yang lawan anda buat di meja taruhan – ini hanya boleh dilakukan jika anda lebih banyak duduk dan rehat daripada bermain.
  • Belajar untuk mengenali bahasa badan lawan anda.
  • Bermain dengan akal dan bukan dengan hati.
  • Fokuskan perhatian anda kepada kad-kad komuniti iaitu Kad Flop, Kad Pusing dan Kad Sungai dan pelajari bagaimana menggunakannya untuk manfaat anda.

Juga lihat

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.