Craps Dalam Talian

Craps ialah permainan yang laju, penuh kegilaan dan selalunya tidak seragam; untuk mempelajari asas-asasnya sila ikuti panduan ringkas ini.

Sejarah 

Craps ialah salah satu daripada permainan meja kasino yang paling menyeronokkan. Terdapat beberapa teori mengenai asal-usul nama craps, sesetengahnya mengatakan ianya berasal dari Perancis dengan nama Crabes, yang mana ia berasal dari perkataan Inggeris ‘Crabs’ yang bermaksud nilai terendah. Terdapat beberapa lagi teori mengenai sejarah craps. Secara umumnya, ia diterima sebagai permainan yang berasal dari Zaman Pertengahan dan kemungkinan telah dipanggil Hazard pada masa itu. Pencipta permainan ini, Sir William of Tyre, memang dikenali ramai di zaman Perang Salib. Permainan ini mungkin telah mendapat namanya daripada istana bernama Hazarth yang telah dikepung musuh semasa kurun ke -12.

Secara relatifnya, terdapat banyak teori mengenai asal-usul sebenar permainan craps, sesetengahnya ditemui pada era pemerintahan Rom apabila sejenis permainan yang serupa dengan craps telah dimainkan menggunakan buku jari khinzir; rujuan-rujukan lain juga ditemui apabila permainan ini dimainkan oleh orang-orang Arab di wilayah ini. Di sebalik semua persoalan yang dikemukakan mengenai asal-usul sebenar permainan ini, semuanya menerima dengan baik bahawa craps di era moden ini telah dicipta dan disempurnakan pada kurun ke-18 di Perancis.

Semasa permainan ini berjaya meneroka pasaran di Amerika Syarikat, peraturannya telah diubah, dan permainan ini telah membentuk karakter yang unik.  Di Amerika Syarikat ia telah dimainkan dengan bersemangat oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dua variasi tersendiri telah terbentuk, Craps Kasino dan Craps Jalanan, di mana craps yang pertama diperkenalkan kepada negeri Nevada apabila pengesahan aktiviti perjudian diluluskan di sisi undang-undang di sekitar 1930an.

Istilah

Craps merupakan salah satu daripada permainan kasino paling sosial di seluruh dunia. Ia telah membentuk karakter dan ungkapan khusus yang tersendiri yang nyata sekali berlainan daripada mana-mana permainan meja kasino.  Di bawah adalah sebilangan daripada terma-terma dan frasa-frasanya:

  • Aces – ini adalah taruhan di mana pusingan craps seterusnya akan mempunyai jumlah bersamaan dengan 2.
  • Any Craps – ini adalah taruhan di mana pusingan craps seterusnya akan mempunyai jumlah bersamaan dengan 2, 3 atau 12. 
  • Any Seven – ini adalah taruhan di mana pusingan craps seterusnya akan mempunyai jumlah bersamaan dengan 7.
  • Pusingan Come Out  – ini mewakili lontaran dadu yang pertama di dalam sesuatu pusingan pertaruhan.
  • Taruhan Don't Come – taruhan ini dibuat untuk menentang dadu – dalam kata lain 7 akan muncul sebelum point.
  • Taruhan Jangan Pas – ini adalah taruhan di mana pemain akan membaling dadu berjumlah 7, atau craps, dan bukannya meraih point.
  • Natural – ini berlaku apabila Pusingan Come Out bersamaan dengan 7 atau 11.
  • Point – ini mewakili nombor yang diperolehi di dalam Pusingan Come Out.
  • Seven Out – jika pemain membaling dadu dan mendapat jumlah 7 sebelum meraih point, ini dipanggil Seven Out di mana semua pemain kehilangan taruhan di garis pas.

Craps ialah permainan kasino yang pertama dan terawal sekali. Ia dimainkan di meja-meja craps yang direka khas dan permainan ini memerlukan dua buah dadu. Pemain di sekeliling meja craps sangat bersemangat, teruja dan memberi galakan kepada pembaling dadu. Craps dalam talian berkongsi banyak persamaan kecuali kebingitan dan sorak-sorai.  Pembaling dadu mesti meletak taruhan minima ke atas meja sebelum bermula. Taruhan diletak pada Garis Jangan Pas atau Garis Pas. Mengikut peraturan craps, buah dadu mesti menghentam dinding di hujung meja sebelum ia berhenti. 

Permainan craps selalu dimainkan untuk beberapa pusingan, dan pembaling dadu mengambil giliran mengikut pusingan jam dan beratur di sekeliling meja di penghujung setiap pusingan. Setiap pusingan craps dipecahkan kepada 2 bahagian. Ini termasuk come out roll (lontaran dadu pertama dalam setiap pusingan) dan point (nombor yang diperolehi daripada come out roll).  Untuk mula bermain, pembaling dadu dikehendaki membuka 1 atau lebih Pusingan Come Out.  Jika Pusingan Come Out berjumlah 2, 3 atau 12, pusingan pertaruhan itu akan berakhir dan pemain akan kehilangan Taruhan di Garis Bet. Jika pembaling dadu mendapat nombor natural – 7 atau 11 – Taruhan Garis Pas dikira menang. Jika pembaling dadu mendapat nombor 4, 5, 6, 8, 9 atau 10, semua nombor ini dikira sebagai point yang baru dan permainan separuh masa kedua bermula. Jika pembaling dadu mendapat nombor yang sama dengan point yang terdahulu, taruhan di garis pas akan menang. Jika pembaling dadu mendapat Seven Out, pusingan baru akan bermula dan taruhan di garis pas dikira kalah.

Strategi

Anda perlu faham yang craps adalah permainan yang rumit terutama sekali bagi petaruh baru yang tiada pengalaman. Terdapat pelbagai pertaruhan tersedia untuk pemain, dan memahami kesemuanya boleh memakan masa yang lama. Mujurlah pemain boleh menggunakan strategi asas craps untuk mula bermain. Taruhan craps yang paling ringkas adalah Taruhan Garis Pas. Terdapat 3 kemungkinan dengan Taruhan Garis Pas: jika dadu anda mendapat 7 atau 11, anda boleh menang dua kali ganda dari taruhan asal; anda kalah jika dadu anda memberi jumlah 2, 3 atau 12; jika pada pusingan come out buah dadu anda mendapat nombor point iaitu nombor-nombor lain, dua kali ganda wang taruhan boleh dimenangi. Ramai pemain baru craps memilih Taruhan Garis Pas dan Taruhan Come Out.  Taruhan garis pas mempunyai kelebihan kebarangkalian menang untuk kasino pada kadar 1.41% , dan taruhan lain yang tersedia untuk pemain craps mempunyai kelebihan kebarangkalian menang untuk kasino pada kadar yang lebih tinggi, tetapi ganjarannya juga lebih tinggi. Taruhan yang lebih rumit termasuklah Taruhan Jangan Pas dan The Odds.

Tips

  • Main craps percuma dalam talian sebelum anda bermain dengan wang sebenar.
  • Fahami bagaimana kelebihan kebarangkalian menang untuk kasino di dalam taruhan tertentu boleh memberi kesan kepada permainan anda.
  • Sasaran pulangan terbaik boleh ditemui pada 6 atau 8.
  • Sasaran pulangan terburuk adalah pada taruhan ‘proposition’ yang terletak di tengah-tengah meja.
  • Tumpuan anda boleh terganggu dengan mudah apabila bermain permainan craps secara konvensional. Cuba jauhi pemain yang membingitkan telinga dan fokus hanya pada permainan anda.
  • Buat perbandingan untuk mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda semasa bermain craps dengan wang sebenar di kasino dalam talian.

Juga lihat

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.