Blackjack Dalam Talian

Pelajari bagaimana bermain permainan kad klasik kasino yang paling popular - blackjack 21. Pelajari cara menguasai permainan Blackjack dengan membaca panduan blackjack yang komprehensif ini.

Sejarah

Samada anda percaya atau tidak, tempat asal yang tepat bagi blackjack masih tidak diketahui sehingga hari ini. Di sebalik kenyataan yang pakar judi masih terus berdebat tentang asal sebenar permainan ini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa ia sebenarnya berasal dari Perancis, atau barangkali Belgium. Malahan, permainan yang kita kenali hari ini tidak berlainan sama sekali dengan yang dimainkan di Perancis pada kurun ke-18. Permainan kasino Vingt-et-Un, yang bermaksud 21, mempunyai persamaan yang ketara dengan versi modern yang kita panggil blackjack. Perancis juga adalah pihak yang bertanggungjawab membawa permainan blackjack ke Dunia Baru – Amerika Syarikat. Beberapa rujukan mengenai sejarah blackjack ditemui dalam hasil penulisan seorang pengarang Sepanyol – pengarang Don Quixote - Miguel de Cervantes telah menyebut tentang permainan ini di dalam salah satu daripada buku-bukunya.  Rujukan ini telah dibuat dalam kurun ke-17, dan ini tambah membuktikan yang blackjack telah pun dinikmati oleh orang Sepanyol dan Perancis pada kurun tersebut.  200 tahun kemudian iaitu pada 1913, Nevada menjadi negeri pertama yang membenarkan aktiviti perjudian secara sah. Permainan ini telah menikmati kejayaan yang luar biasa sejak kewujudan kasino-kasino dalam talian di pertengahan 1990an, dan ia terus mendominasi arena perjudian kasino di peringkat global.

Istilah

Blackjack dilingkungi oleh kosa kata, istilah, ungkapan khusus dan frasanya yang tersendiri.  Pemilihan perkataan blackjack yang sudah serasi dengan kita sekarang sebenarnya telah dilakukan sejak sekian lama dahulu. Di bawah adalah beberapa istilah yang digunakan dengan meluas di dalam permainan blackjack:

  • Blackjack – ini samada merujuk kepada nama permainan itu sendiri atau segenggam kad yang terbaik nilainya (Daun Sat + kad bernilai 10)
  • Bust – sebarang segenggam kad yang berjumlah lebih daripada 21
  • Double Down – pemain boleh menggandakan taruhan mereka, menerima kad tambahan, kemudian kekal dengan segenggam kad yang ada padanya – ini dipanggil doubling down
  • Hit – di sini anda boleh meminta kad tambahan
  • Kad Lubang – ini merujuk kepada kad pengocok yang menghadap ke bawah, di mana pemain tidak dapat melihat apa yang tertera pada kad itu
  • Insurans – pemain boleh mengambil insurans jika kad pengocok yang menghadap ke atas adalah kad Sat dan pemain merasakan yang pengocok mempunyai blackjack.
  • Push – ini merujuk kepada keputusan seri di antara pengocok dengan pemain
  • Split – dua kad dengan nilai sama boleh dibahagikan untuk membentuk dua genggam kad yang berlainan. Satu taruhan dengan nilai yang sama akan diletak ke atas kad genggam yang dibahagi.
  • Stand – ini bermaksud pemain memilih untuk tidak mengambil kad baru dan berpuas hati dengan segenggam kad yang ada di tangan.
  • Menyerah – ini terdapat di sesetengah kasino dalam talian, di mana pemain boleh memilih untuk tidak mengambil kad baru sebaik sahaja jumlah tertentu telah dicapai dan memungut 50% daripada taruhan asal mereka.

Peraturan

Intipati dalam permainan blackjack ialah untuk mengalahkan kad digenggaman pengocok tanpa melebihi 21. Dalam erti kata lain sebarang jumlah kad dalam genggaman yang melebihi 21 akan tersingkir dan pengocok akan menang. Sebaliknya, jika kad digenggaman pemain dapat mengalahkan nilai kad di tangan pengocok – walau berapa pun nilainya – pemain akan menang. Kad-kad bernilai 2 – 10 mempunyai nilai nominal mereka, manakala Daun Sat boleh mengambil nilai 1 – 11. Semua kad yang bertanda cat padanya – iaitu kad muka – mempunyai nilai bersamaan 10.  Selepas meletak taruhan, pengocok akan mengocok 2 kad kepada setiap pemain di atas meja. Pengocok juga menerima 2 kad, tetapi hanya 1 daripada 2 kad tersebut menghadap ke atas, dan yang 1 lagi menghadap ke bawah.  Pemain mempunyai pilihan untuk hit, double, split, mengambil insurans atau menyerah (jika ada). Blackjack dikira hit apabila jumlah 21 dicapai dengan hanya dua kad. Blackjack biasanya membayar keluar pada kebarangkalian kemenangan berkadar 3-2, pengocok mengocok sehingga 16 dan tidak mengambil kad baru apabila mencapai jumlah 17.

Strategi

Blackjack ialah salah satu daripada permainan kad kasino paling mengasyikkan yang berasaskan kemahiran. Permainan ini mengenengahkan suatu elemen kemahiran dan strategi, dan ini suatu peluang yang baik bagi pemain yang ingin belajar lebih lanjut mengenai permainan ini. Pemahaman asas mengenai strategi blackjack sangat penting untuk meraih kemenangan yang konsisten di dalam permainan ini. Pemain mempunyai pelbagai sumber yang terhidang di depan mata mereka yang membolehkan mereka meningkatkan kemahiran mereka dalam permainan blackjack. Ini termasuklah panduan strategi blackjack, tutorial, video, artikel dan permainan percuma blackjack dalam talian.  Blackjack selalu dikaitkan dengan pengiraan kad dan teknik +1/-1 digunakan dengan meluas oleh pemain blackjack berkemahiran. Permainan ini dibentuk di luar kebarangkalian statistik, dan bergantung kepada berapa banyak dek yang digunakan, pemain sudah tentu boleh mendapat satu kelebihan dengan strategi blackjack. Dianggarkan bahawa pemain boleh mengurangkan kebarangkalian kemenangan di pihak kasino kepada hanya 0.5% apabila strategi blackjack yang sempurna digunakan.

Tips

Pemain boleh memperbaiki permainan mereka dengan mengikuti beberapa tips bermain blackjack yang penting.  Ini termasuklah:

Bermain blackjack dalam talian secara percuma sebelum anda bermain dengan wang sebenar.

  • Bermain permainan yang serupa dengan blackjack seperti Spanish 21 dan Pontoon untuk mempertingkatkan kemahiran blackjack anda.
  • Gunakan strategi asas untuk meningkatkan permainan anda.
  • Pelajari variasi peraturan permainan blackjack yang anda bakal sertai.
  • Blackjack ialah permainan judi, tetapi pemain tidak harus tersasar daripada tujuan asal mereka bermain – iaitu untuk berseronok.

Juga lihat

Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.