Ulasan Slot: Wild Scarabs oleh Microgaming

Diterbitkan June 20, 2018

Ulasan Slot: Wild Scarabs oleh Microgaming

Dalam slot terbaru Microgaming, Wild Scarabs, petaruh dikehendaki menangkap kumbang liar yang akan membuka kunci kepada harta karun Mesir Purba. Permainan ini merangkumi 3 ciri bonus: (Wild Deal), Pusingan Percuma, dan (Stashed Wilds).

Memang sukar untuk mengulang cipta permainan yang sudah sedia ada, tetapi Microgaming telah mencuba untuk melakukannya kepada tema slot yang telah ada banyak variasi: Mesir Purba. Dalam slot terbaru pemaju ini yang diberi nama Wild Scarabs, petaruh dikehendaki menangkap kumbang liar yang akan membuka kunci kepada harta karun Mesir Purba. Permainan ini merangkumi 3 ciri bonus: (Wild Deal), Pusingan Percuma, dan (Stashed Wilds). Dengan adanya grafik dan kesan bunyi yang menarik, mereka dapat menjadikan permainan ini terus menyeronokkan.

Spesifikasi Slot

Wild Scarabs adalah permainan dengan 5 roda pusingan, 243-cara-untuk-menang dengan varians rendah, di mana ini bermakna anda berkemungkinan sekali akan dapat banyak kemenangan, tetapi dalam jumlah yang kecil. Anda boleh bermain menggunakan wang dari 20p hingga £60 untuk satu pusingan pada komputer meja dan peralatan mudah alih, dan terdapat kemenangan maksimum berjumlah 1733 kali ganda daripada jumlah taruhan anda pada setiap pusingan.

Dalam permainan asasnya, terdapat satu pusingan tanpa-kemenangan yang mengaktifkan ciri (Wild Deal). Dalam ciri ini, 4 pusingan rambang ekstra ditambah ke dalam roda pusingan untuk meningkatkan peluang anda dalam mendapatkan kombinasi yang membolehkan anda menang.

Simbol yang ada termasuklah pelbagai bentuk batu permata, Eye of Ra, Ankh, Anubis, dan Horus. Terdapat juga kumbang liar yang disepuh yang menggantikan semua simbol, tetapi tidak termasuk (scatter). (Scatter) adalah simbol yang mempunyai ganjaran tertinggi, di mana 5 sepadan pada roda pusingan akan memberikan anda ganjaran berjumlah 100 kali ganda daripada taruhan anda.

Pusingan Percuma

Ciri Pusingan Percuma adalah tempat di mana elemen paling menyeronokkan pada permainan ini ditemui. Apabila 3 atau lebih (scatter) muncul pada roda pusingan, anda akan dihadiahi dengan 10 pusingan percuma. Dalam pusingan percuma ini, jika anda mendarat pada padanan rambang yang tidak memberikan sebarang kombinasi kemenangan, padanan itu akan disimpan di dalam apa yang dipanggil sebagai ciri (Stashed Wilds). Apabila 3 atau lebih padanan rambang telah disimpan, padanan ini akan dimasukkan ke dalam roda pusingan secara rambang, dan ini menjanjikan satu kombinasi kemenangan. Anda akan dapat lebih banyak pusingan percuma sehingga semua (stashed wild) telah dimasukkan semula ke dalam roda pusingan.

Faktor Terpenting

Seperti yang telah kita jangka daripada sebarang slot Microgaming, grafiknya sangat hebat dan permainannya berjalan dengan lancar dan tiada glic. Dalam Wild Scarabs, petaruh boleh menikmati permainan yang dipanjangkan waktunya disebabkan oleh ciri Pusingan Percuma serta banyaknya peluang untuk menang dalam permainan asas. Sementara ciri istimewa ini pastinya mengekalkan elemen keseronokan permainan ini, kami berharap untuk slot yang seterusnya Microgaming akan meneroka satu tema yang belum pernah dicuba dengan sehabis baik!

Juga lihat

Permainan Keluaran Baru: Slot Video Terminator 2 Dilancarkan

Slot Wang Sebenar

Poker Video Dengan Wang Sebenar

Pragmatic Play


Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.

SUBSCRIBE