Playtech Mengenalpasti Sehingga 25 Negara Berminat Melebarkan Sayap

Diterbitkan May 22, 2014

Playtech Mengenalpasti Sehingga 25 Negara Berminat Melebarkan Sayap

Peluang melebarkan sayap bagi Playtech bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif Playtech, Mor Weizer, telah mengenalpasti sehingga 25 negara berpotensi yang berminat terhadap tonggak di dalam industri ini kerana pasaran tersusun atau bakal tersusun mampu memberi pulangan jangka panjang yang berpotensi besar.

Pasaran Tersusun

Kenyataan diberikan Weizer adalah berdasarkan hasil pulangan mengagumkan pada suku pertama; iaitu 17.4% peningkatan pendapatan.  Dari jumlah tersebut, pasaran tersusun merangkumi kira-kira 35%, termasuk pasaran tidak rasmi seperti Holland dan Rusia yang mewakili 5%.  Weizer berkata Playtech sedang berunding cara dengan pengawal atur tempatan.  Weizer tidak melihat peraturan sebagai suatu permasalahan.  Beliau sangat yakin dengan potensi pertumbuhan Playtech di UK meskipun pihak berkuasa tempatan telah memperketatkan pemeriksaan terhadap pendapatan yang diraih daripada pasaran tidak rasmi.   

Lambaian Asia

Weizer melahirkan minat dan keterujaan yang mendalam terhadap potensi jangka panjang di pasaran Asia dengan mengenengahkan Kemboja, Laos dan Malaysia sebagai pasaran yang cukup matang dari segi pembangunan.  Penerapan beliau disokong oleh angka memberangsangkan; strategi Playtech yang pelbagai telah membantu lonjakan pendapatan Asia dalam suku pertama dari 22% kepada 33%.  “Asia begitu sinonim dengan Eropah di mana pasaran adalah mantap dan barisan produk kami telah melahirkan peluang di mana syarikat besar berupaya memperolehi lesen di dalam pasaran tersebut”, Weizer berkata.

Kebangkitan Geneity

Weizer percaya walaupun Kasino Playtech masih merupakan periuk nasi terbesar melibatkan 26% pertumbuhan dalam suku pertama, Geneity juga tidak kurang hebatnya.  Geneity menyediakan sebarisan produk permainan elektronik yang mematuhi peraturan pihak berkuasa dan memenuhi syarat-syarat yang diberikan.  Weizer berpendapat ini merupakan pintu masuk kepada bukan saja pasaran baru secara amnya, tetapi juga perkhidmatan pertaruhan sukan yang semakin menguntungkan dengan mengambil kira 22% peningkatan pendapatan dalam syarikat itu sendiri pada suku pertama.

Juga lihat

Slots Magic Menawarkan Sehingga $2500 Kepada Petaruh Baru

Sehingga $1,500 dalam Seminggu dengan Pakej Premium 888 Casino

EmuCasino Pulangkan Wang Tunai Dalam Skim Kesetiaan

Playtech

Permainan Slot Playtech


Ya! Saya ingin mengetahui tentang bonus-bonus eksklusif, promosi-promosi, dan berita-berita.

SUBSCRIBE